Showing posts with label Renungkan. Show all posts
Showing posts with label Renungkan. Show all posts

Tuesday, July 26, 2011

Antara Amanah & Larangan...



Diadaptasi daripada Novel "Single Unavailable"...

"Pada zaman yang dilingkari arus kemodenisasian ini, sekiranya ditanya antara belajar dan bercinta mana yang lebih baik, mungkin ada yang akan menjawab kedua-duanya. Mungkin sahaja ada yang mengatakan bercinta itu lebih baik. Kita harus dapat membezakan antara amanah dan larangan. Kenapa saya menyatakan amanah dan larangan?"

"Belajar itu adalah amanah. Amanah ibu bapa kepada kita. Jika sekiranya kita ke sekolah untuk bercinta, bererti kita sudah pun menderhaka kepada ibu bapa. Amanah itu telah dipecahkan begitu sahaja. Bercinta dalam menjalankan amanah ini bererti suatu larangan. Larangan yang menjadikan sesiapa sahaja yang meninggalkannya menjadi senang. Senang kerana berjaya memikul amanah dan meninggalkan larangan."

"Oleh sebab itulah remaja sekarang kini tersepit dalam 2 krisis, iaitu harus memilih amanah ataupun larangan. Mungkin ada yang menyelam sambil minum air, kerana mereka tidak tahu betapa berharganya amanah yang dikurangkan itu. Bukankah ALLAH murka kepada orang yang pecah amanah?"

"Apakah hukum jahiliah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) ALLAH SWT bagi orang-orang yang yakin?"
Al Maa'idah Ayat ke-50

Renung-renungkan lah...
Dan jangan lupa follow blog penulis novel "Single Unavailable"!!


Dah baca tu...Jangan lupa komen!

Monday, July 25, 2011

Baca Nie!!!




Diambil daripada blog ni...
Klik untuk tumbesaran!
Sharing is Caring... Please share!


Dah baca tu...Jangan lupa komen!

Friday, July 22, 2011

Muhasabah




Muhasabah Diri Kejap.... 
CURI MASA SAT 3MINIT... KALO TERLEBEY, IM SORRY

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ....
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah....
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? ..

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat.....
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. ..
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? ..

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. .... (kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu ....
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?

Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....

Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1... Anda - Patutke aku biarkan teks ini tetap di sini..
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal (sebarkan ini)
3. Syaitan - Tak payahlah sebuk2 biar je disini..kalo boleh delete je.


Dah baca tu...Jangan lupa komen!

Sunday, July 17, 2011

Amaran Untuk Pengguna Facebook Malaysia Anda Mungkin Di Hack Indonesia




Assalamualaikum...hari ini saya masih berdaya menaip, Cewahh ,untuk berkongsi sedikit tentang Bahayanya Aplikasi BARU "Siapa Saja Yang Telah Melihat Profil Kita Di Facebook". Kita sebagai pengguna facebook ini tidak asing dengan aplikasi tersebut, dan mungkin diantara kita sudah pernah menggunakan aplikasi tersebut. Perlu kita ketahui bahwa aplikasi ini adalah aplikasi yang palsu dan hanya untuk merosak dan menggodam akun facebook, kerana kita menggunakan aplikasi tersebut secara tidak lansung, kita ketahui aplikasi tersebut mengirimkan email dan kata laluan kita ke aplikasi tersebut dan dapat membuat akun facebook kita terancam dari bahaya dan merosakan akaun yang disebabkan oleh aplikasi tersebut.Disini cyber sarankan supaya blogger membaca Artikel ini dan sebarkan kepada kawan-kawan semua..

Sebuah aplikasi berbahaya telah menyerang pengguna Facebook khususnya di Indonesia,dan ia akan tiba di Malaysia. Hanya dalam tiga hari, Aplikasi penipu itu mengaku boleh melihat siapa saja yang telah melihat profil user. Menurut analisis dari Vaksincom, ada sekitar 750 ribu pengguna Facebook yang sudah terkena aplikasi penipu ini. Aplikasi yang diterbitkan oleh kelompok yang bernama “Jempolers Indonesia” tersebut benar-benar meyakinkan mangsanya dengan mengirimkan tulisan di profil mangsa mengenai siapa saja yang seolah-olah sudah melihat profil Facebook mangsa. Secara OPTIMA, ketika aplikasi ini sudah diterima pengguna, maka ia akan mengirimkan pesan Facebook Chat ke seluruh rakan, pengguna tersebut. Namun, menurut Vaksincom, sebenarnya aplikasi tersebut tidak ada ,dan data posting yang dilampirkan adalah data palsu ,yang mengambil data profile pengguna dan menunjukan angka jumlah 'views' secara dasyat & Banyak.

Berikut langkah-langkah untuk menghindari RESIKO dari APLIKASI FACEBOOK TERSEBUT :

Jika anda mendapat notifikasi tentang aplikasi yang meminta anda untuk CLICK url http://aps.facebook.com/xyz/ dan sejenisnya, yang memberi maklumat layanan untuk mengetahui siapa saja yang melihat profil anda, pastikan jangan klik link aplikasi tersebut.
Jangan click pada 'like' button pada page atau 'join' group yang menawarkan layanan ini. Cyber pasti korang akan dibanjiri dengan banyak notifikasi ataupun message yang menawarkan suatu link. Jika sudah terlanjur melakukan klik 'like' atau 'join', jangan klik link yang ditawarkan. Kebanyakan dari page atau group tersebut akan meminta anda untuk mengklik beberapa link terlebih dahulu sebagai syarat agar anda dapat mengetahui siapa yang melihat profil anda. Link-link tersebut biasanya adalah link referral dan sama seperti aplikasi spam/skunk.
Jika news feed di halaman home Facebook anda menunjukkan ada teman yang menggunakan aplikasi semacam ini, (hide) atau di hapus (remove) dan jangan klik link yang tertera.
Ketahuilah bahwa Facebook Developers sedang mengembangkan aplikasi dengan fungsi demikian. Jadi, harap bersabar kerana aplikasi dari pihak ketiga yang tidak diverifikasi Facebook bisa jadi mengandung resiko besar yang tidak terduga.

P/S : Harap bloggers semua dapat sebarkan berita ini! (supaya lebih berhati-hati) Dimanakah Pertahanan Malaysia? (Anti hackers) Malaysia yang boleh membantu..!!
Credit : Abang Cyber


Dah baca tu...Jangan lupa komen!

Tuesday, July 12, 2011

Jangan Suruh Anak Anda Pakai Tudung




Assalamualaikum

Setuju tak dengan tajuk kat atas? Saya setuju dengan apa yang saya cakap tu. Kawan2 plak macam mana? Ada bantahan? Bagi saya, saya rasa ibu bapa tak perlu suruh anak perempuan mereka pakai tudung. Tak perlu, betul. Tapi...
.
.
.
.
.
.
.
suruhlah anak anda tutup aurat
Maksud saya kat sini ialah bukan sahaja anak perempuan, tapi isteri, ibu, adik beradik dan yang bergelar wanita.
Apa beza suruh anak pakai tudung dan suruh anak tutup aurat eh?
Bezanya ialah bila hanya menyuruh anak pakai tudung, mereka akan pakai tudung tapi baju, seluar masih lagi tidak menutup aurat. Contohnya baju dan seluar ketat. Tapi, bila suruh anak tutup aurat. Mereka akan pakai dari hujung kepala hingga hujung kaki pakaian yang menutup aurat. Ramai wanita Islam sekarang yang bila keluar, tak memakai sarung kaki. Kaki tu juga aurat kan? Itu lah bezanya jika ibu bapa terlalu inginkan anak yang bertudung tetapi tidak sempurna menutup aurat berbanding ibu bapa yang inginkan anak mereka menutup aurat dengan sempurna.

Ramai kita lihat wanita muslimah sekarang ni pakai tudung tapi hanya menutup rambut je, ada juga yang pakai tudung tapi baju dan seluar ketat, pakai tudung tapi tak pakai sarung kaki, dan ada juga yang salah tafsir bila seseorang tu memakai tudung dan digayakan dengan apa jua pakaian, dah dianggap fesyen muslimah. Tengok aje la kat tv, majalah, artis-artis yang bertudung. Mereka tak sedar bahawa mereka menjadi ikutan orang lain.


Ingatlah bahawa menutup aurat itu bukan hanya menutup rambut sahaja..tapi aurat wanita adalah keseluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan. Menutup aurat dengan sempurna itu lebih baik.


Rupa nya masih lagi ada yang tidak faham dengan apa yang saya cuba sampaikan, cuba baca dengan betul dan teliti dulu sebelum buat kesimpulan. Apa yang saya ingin saya sampaikan ialah cara bagaimana untuk kita pastikan kaum muslimah menutup aurat dengan sempurna, bukan hanya sebahagian atau dengan memakai tudung sahaja. Sebenarnya kata-kata Jangan suruh anak pakai tudung, tapi suruh mereka tutup aurat adalah kata-kata yang saya ambil daripada kata-kata seorang pendakwah iaitu Cikgu Kamarul Zaman sewaktu saya menjalani kursus Perkaderan Dakwah di bawah anjuran MAIS. Cuba buka minda, jangan menyempitkannya.

Credits : Kak Atika Aula


Dah baca tu...Jangan lupa komen!

Sunday, July 03, 2011

Apa Yang Akan Terjadi Pada FB Kita??




Mari kita renung-renungkan bersama,fikir-fikirkan bersama...
Jika 1 hari nanti kita mati,akaun facebook ini hanya kita yang tahu
password dan hanya kita yang boleh access...dan selepas kita
mati,apa yang jadi pada akaun fb kita?Mungkin ada yang
akan ucapkan takziah,mungkin ada yang selalu
menjenguk bagi mengubat rindu tetapi...sedarkah kita...
gambar-gambar kita,akan terus membuatkan kita terseksa di
alam kubur?Gambar-gambar yang tidak ditutupi
aurat dengan sempurna...macam mana nanti?

Lelaki ajnabi terus-terusan tengok,dalam masa yang sama,
tiada siapa yang boleh deletekan gambar kita...walau sudah
bertahun-tahun kita mati,gambar itu terus ada...saham dosa
terus meningkat,macam mana?Pernah terfikir tak?Tudung singkat
yang dipakai tu,akan selamatkan kita dalam kubur nanti?
Legging dan jeans ketat, boleh selamatkan kita?
Baju yang membalut aurat itu, bagaimana?

Mungkin kini kita masih merasa tak sabar nak berkongsi cerita
dengan gambar-gambar yang cantik tempat-tempat yang
kita dah lawati di muka bumiNya tapi di akhirnya nanti...semua itu
tidak akan membawa erti,semuanya hanya tinggal kenangan
bagi yang masih hidup...Di alam kubur, semua itu tidak sedikit
pun boleh menyelamatkan kita..

Cuba kita renung-renungkan,saham dosa yang terus meningkat
walau setelah ketiadaan kita di muka bumi sehingga hari akhirat...
Tutupilah auratmu sebelum auratmu ditutupkan...
Peliharalah dirimu sebelum dirimu dikapankan~
Jagalah maruah diri sebagai seorang muslimah...
Mati itu pasti...Persiapkan diri mu...

Moga Allah redha dengan perkongsian ini...amin~
Renung-renungkan dan selamat beramal~ 



Dah baca tu...Jangan lupa komen!

Sunday, June 12, 2011

Justin Bieber

Hi guys,zaman sekarang ni dah ramai kan peminat JUSTIN BIEBER?
Sini aku nak sedarkan peminat² JB tuh terutama yg beragama Islam ni.
Aku hairan,aku pelik,kenapa korg FANATIC sgt dgn JB tuh?
Cuba jelaskan sikit.Sbb dia hensem?kacak?comel?stylo?suara die sedap? 
Ouchhh!Girls,aku dh pesan berapa kali dah,JB artis yg benci dan fuck Islam.
Justin Bieber,Rihanna dan Lady Gaga antara artis freemason,
artis yg bencikan agama Islam dan tidak sukakan Islam.
Sekarang ni dah ramai girls yg taksub sgt dgn JB tuh,ramai yang add 
aku kebanyakannye pengikut² JB.

Dekat info FB siap tulis 'SMK Justin Bieber','Bieber Fever'...Alahaiii budak²
nie,kau tau tak yg orang yg kau minat,taksub sgt tuh,JB tuh lah musuh kau,
sbb die bencikan agama kau.JB dtg Malaysia,buat konsert,berapa ramai dtg,
sanggup habiskan duit semata-mata nk tgk JB depan².Bila aku tegur,budak² 
ckp ''Biarlah diorg,biar lah,buat apa nak sibuk''.Kalau kau ckp mcm tuh,kau
ambik pisau pergi bunuh diri awal².Kalau dah terang² kita tau,kita dgr org ckp
JB tu fuck Islam,ade jugak yg degil,ade jugak yg memberontak.Bak kata kwn 
aku Akeem,Maher Zain dtg Malaysia taknak pulak budak² FB kecoh²,Wali
Band dtg,tknk pulak heboh² sana sini.Bila JB artis freemason tuh dtg,FUHH!
Meletop FB nie budak² buat.Ade tuh,siap letak gmbar JB kat profile picture 
FB die,siap letak album JB...alahaiii perempuan...

Stoplah buat benda² mcmni guys,sini aku nk tnye...org taksub kan dekat JB?
JB ade taksub dgn kau?Takde kan? Hahaha. Kau taste tinggi minat Justin 
Bieber.Kalau taste korg tinggi minat JB,JB punya taste lagi tinggi.Tkde
makne JB tuh nak taksub kat kau kalau korg taksub dgn dia. Ade tuh aku tgk
twitter budak²,blog budak² prempuan nie,ramai yg jealous tgk gambar JB
dgn Selena Gomez.Kau jealous,ade JB kisah? Ade JB kesian kat kau?
Tkde kan? Hahaha.Lagi satu,kalau korg jealous,bila JB single,kau boleh dpt
JB tuh?Boleh couple atau kahwin dgn dia?Sini potong kuku aku kalo boleh...
Hahaha,kuku je lah jgn jari...Bila aku lepak dgn kawan²,diorg bukak lagu JB
kuat²,nak test lah sikit diorg tuh...Aku bukak pulak doa taubat Akhill Hayy.
Kawan² suruh tutup,tak best...JB punya lagu lg best...Dalam hati ni,nak je
aku sekeh kepala budak² mcm ni.

Haihh...Korg pergi dgr lagu Rihanna / LadyGaga,semuanya m'ngutuk ALLAH,
kata Tuhan itu lemah,Alejandro,b'maksudALLAH itu tiada atau ALLAH itu lmh
Pergi lah dgr lagu tuh,dgr byk².Hebohsana sini yg lagu tuh best...JB dtg M'sia,
buat konsert,JB kaya dapat duit...org Malaysia? Duit habis byr ribu² semata²
nak tgk JB depan². Kebanyakanartis freemason benci Islam sbb dyorg xnak
jd mcm Michael Jackson.MJ mati dalam Islam , ramai pengikut² MJ masuk 
Islam lepas tuh. Semuanya kene bunuh satu².Sbb tu lah artis² luar negara
ni ramai benci Islam,budak² Malaysia pulak ramai pergi minat kat JB tuh,
ramai taksub smpai menangistgk JB nyanyi depan².Aku terpaksa tegur kat
sini,xkan aku nak pergi tegur JB tuh pulak.Budak tuh jauh,JB pulak tak fhm
BM...Hahaha...

So lepas ni siapa² yg nak minat lagi JB tu pergi lah,aku tak
larang,tapi kalau kau ngoksgt,teruskan minat dia...Dah tau JB tuh fuck Islam,
nak jugak taksub lagi,nak jugak minat dia.Haihh,x faham aku budak² s'karang.
Peminat² JB yg tak puas hati tuh,sini bagi alasan kau sbb apa tak puas hati 
dgn ape yang akutuliskan...Dgr pulak masa konsert JB tu ade sorg prempuan
ni,JB ajak naik atas pentas...Ramai yg jealous,alahaiii perempuan...Sedar lah
diri tuh sikit,kalau kau lawa mcm minah saleh tu xpe lah.Ni pakaian nak mcm
org putih,seksi sana sini padahal tak lawa pun rupa kau,haha...Niat bukan nak
kutuk,mmg betol ape yg aku ckp.Kau Islam,pakai lah cara Islam...X payah nk
tunjuksgt body tuh..Ramai yg terasa kan?

Good,bagus kalau terasa,biar kau sedar diri sikit...Ape yg kau buat selama ni
mmg salah.Mmg berdosa...Siapa tiap² hari yg selalu korg puji?JB ke Nabi 
Muhammad?JB la kan?Kau jgn hipokrit ckp kau puji Nabi Muhammad t'utama
perempuan remaja ni,kau puji JB hari²,masa akhirat nanti siapa akan tolong 
kau? JB ke Muhammad? TakkanJB kot?Hahaha...so sedar² lah diri tuh sikit,
kau taksub,kau minat,kau admire salah org.JB tu musuh,bukan idola...Idola
kau Nabi Muhammad bukan Justin Bieber...Fulamakk,lelaki mmg suka aku 
post mcm ni,prempuan mmg benci...Hahaha,bagus siapa yg sedar,bagus 
siapa yg terasa.Niat nk betolkan ape ygkorg buat,kau minat JB,takkan aku nk 
pukul kau pulak.

Mmg tak boleh buat mcm tuh,so terpaksa ckp mcm ni...Harap maaf lah kalau
t'kasar bahasa,sesiapa yg terasa aku x layan eh?Terutama girls,harap maaf
lagi sekali,mohon ampun ye...Rasulullah s.a.w bersabda : Igtlah kepada Allah 
dalam masa senangmu,nescayaDia akan mengingatimu dimasa susah.Masa
sng jgn ingat JB cik kak,sbbmasa susah JB takkan tolong kau...Hahaha...
-Okay,Assalamualaikum ~

Credit : Ikwan (Telah diubah supaya muat ngan blog yg kecik nie...:P)


Dah baca tu...Jangan lupa komen!

Wednesday, May 11, 2011

Singa,Harimau & Beruang Berkawan Baik

Singa, harimau dan beruang berkawan baik? Apa yang terjadi? Itulah yang diterapkan kepada mereka sejak kecil lagi, untuk bersahabat baik. Dan bila besar, persahabatan mereka lebih akrab dari manusia yang semakin hilang harga diri...

Waktu masih kecil...
singa beruang singa bermain

beruang singa harimau kawan baik

beruang singa dan harimau masa kecil2

beruang singa dan harimau masa kecil

Sampai besar...
harimau beruang dan singa

beruang singa dan harimau masa besar

Diorang masih berkawan baik...kita?Masalah kecil je,x nak kwn lah...musuh lah...teladanilah haiwan² nie...
Buat malu je manusia...huhu...T_T


Dah baca tu...Jangan lupa komen!

Tuesday, May 03, 2011

Kenapa Orang Islam Sembah Bangunan Kain Hitam Tu?


Dah baca tu...Jangan lupa komen!