Thursday, June 30, 2011

Tutorials : Scroll Box Untuk Blog Archive




Korang tgk lah blog archive org-org yg
telah lama dgn dunia blogging nie...
Mesti panjangkan blog archive die??
Haa....syaz ada tuto untuk korang...
Ia akan wat blog archive korang ada scroll bar...
Nak x?? Nak?? Ikut tuto nie ye!! blogger-emoticon.blogspot.com

1.Dashboard >> Design >> Edit HTML >> Tick Expand Widget Templates
2.Cari kod nie 
<div id='ArchiveList'>
3.Korang akan jumpa kod nie sebelum kod yg dicari td...
<div class='widget-content'> 
4.Gantikan kod <div class='widget-content'> dengan kod nie :
<div class='widget-content' style='overflow:auto; height:200px'>
5.Korang boleh tukar 200px dengan ketinggian yg korang nak...
6.Save!
Selamat Mencuba & Happy Blogging!!
:face56:blogger-emoticon.blogspot.com


Dah baca tu...Jangan lupa komen!

Wednesday, June 29, 2011

Giveaway Ke-2 Peony Pinky!




Haih...malas nye nak masuk benda-benda mcm nie...
asyik kalah jer,dah berdoa pon x dapat...huhu... :face32:
X per lah...mungkin kali nie ada rezeki,kan? :face52:


Syarat-syarat :

1.Mesti jadi follower Peony Pinky,Ozzie,Dyahaha,Zymah... [DONE]
2.Buat entry bertajuk : "GIVEAWAY KEDUA PEONY PINKY"...  [DONE]
3.Letak banner contest... [DONE]
4.Tag 2 orang rakan anda...[DONE]
5.Linkkan post entry ke bahagian komen ini... [DONE]
6.Tarikh tamat penyertaan : 20 Julai 2011,12 tengah malam...

Jom join ramai-ramai!! :face64:


Dah baca tu...Jangan lupa komen!

Tuesday, June 28, 2011

Robot Pengesan Penipuan




Hehe...lawak,cuba korang baca...

Gambar sekadar hiasan
Samad adalah seorang profesor terulung, dia berhasil mencipta robot yang boleh mengesan pembohongan, dia membuat robot itu sehinggakan ketika mendengar pembohongan, robot tersebut akan terus menampar si pembohong itu...

Samad dengan bangganya membawa robot itu ke ruang tamu dan menunggu anak lelakinya pulang. Tapi anaknya tidak kunjung pulang. Sehingga pagi barulah anaknya pulang.

"Kamu dari mana?" tanya Samad.
"Ada pelajaran tambahan ayah", jawab anaknya.
*PLANG*
Robot tersebut menampar anaknya.

"Nak, ini adalah robot ciptaan ayah, dia akan menampar sesiapa yang berbohong! Sekarang katakan dengan jujur, kenapa kamu pulang lewat??!
"Maaf ayah... saya baru habis memonton movie di rumah kawan...".
"Cerita apa?
"Cerita Papadom ayah".
*PLANG*
"Katakan dengan jujur cerita apa?!"
"Maaf ayah... saya tengok cerita lucah".

Mendengarkan itu marahlah Samad.
"Kamu nie... kecil-kecil dah nakal... kamu nak jadi apa bila besar nanti?! Malukan ayah saja perbuatan kamu nie. Masa ayah kecil dulu , ayah tak pernah pun buat macam nie.

*PLANG*
Samad ditampar oleh robotnya.
Suasana hening untuk beberapa ketika...

Isteri Samad kemudian masuk ke ruang tamu dan langsung berkata... "Huh, sama saja kelakuannya, ke mana akan tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Bagaimana pun sememangnya dia anak awak..."

*PLANG*
Robot menampar isteri Samad sebelum isterinya sempat menyelesaikan kata-katanya...dan semua terdiam...


Dah baca tu...Jangan lupa komen!

Kapal Firaun berusia 4500 Tahun Ditemui!!





Para arkeologi mula menggali kapal kayu berusia 4500 tahun yang ditemui berhampiran Piramid Agung Giza. Kapal ini dipercayai membawa Firaun Khufu ke alam baka.

Kapal ini dipercayai sebagai adat agama yang akan membawa Firaun Khufu ke alam baka. Khufu yang juga dikenali sebagai Cheops ini dikenali sebagai pembangun Piramid Agung Giza. Ketua projek pemulihan Sakuji Yoshimura dari Universiti Wasela mengatakan, salah satu kapal dari dua kapal yang ditemui bertuliskan nama Khufu.

Khufu merupakan pengasas dinasti keempat pada tahun 2680 Sebelum Masihi (SM) dan menjadi pemimpin Mesir selama 23 tahun. Menteri Warisan Mesir, Zahi Hawass mengakui bahawa penggalian ini merupakan salah satu projek arkeologi dan pemuliharaan terpenting dunia.

Kapal ini asalnya ditemui pada tahun 1954 bersama kapal lain yang kemudian dipulihara dan dianggap sebagai salah satu penemuan besar di dataran tinggi Giza. Para ahli arkeologi mengakui kapal ini merupakan kapal tertua yang boleh bertahan hingga kini.

Setelah proses penggalian selesai, saintis akan membuat skema komputer kapal ini untuk membantu memuliharanya. Pemulihan kapal  ini dijangka memakan masa empat tahun. Setelah selesai, seperti dilaporkan Fox News, kapal ini akan dipamerkan di Muzium Solar Boar berhampiran Piramid Agung Giza.

Kredit : Tengku Nizam


Dah baca tu...Jangan lupa komen!

Eh! Blog kena review?




Wee!! Syaz nak blog syaz di "review" oleh abang Hafrizzul Hafiz! :face12:
Ye lah,nak popularkan sikit blog syaz ni lah katakan...
Sikit jer orang nak follow blog syaz nie,huhu... :face32:

Okay,Abang HH nak header blog...nah!! :face5:

Oh yer abang HH, syaz suka lah ngan blog abang HH!!
Berbintang-bintang!! :face18: Hehe...

Kalau korang nak join, just klik kat banner tu tau!!
Bye!!

P/S: Syaz dah follow 300+ blog lah...
X leh nak follow blog abang HH...
Huhu... :face22:

UPDATED!

Syaz dah boleh follow abang HH dah...ngee~~


Dah baca tu...Jangan lupa komen!

Saturday, June 25, 2011

Tutorials : Reply To Comment




Hari nie,syaz nak ajar mcm mane nak wat butang "Reply"...
Paham x? Tgk kat bahagian komen tu,kan ada butang "Reply" kan?
Haih...x pe lah,syaz tunjuk gambar,okay?


Haa...tulah butang "Reply"...
Apa lagi,start!!

1.Dashboard >> Design >> Edit HTML >> Tick Expand Widget Templates
2.CTRL+F,cari kod ni : 
<data:commentPostedByMsg/>
3.Copy kod di bwh,dan paste di bawah kod td...
<span class='comment-reply'><a expr:href='&quot;https://www.blogger.com/comment.g?blogID=3673496603949412057&amp;postID=&quot; + data:post.id + &quot;&amp;isPopup=true&amp;postBody=%40%3C%61%20%68%72%65%66%3D%22%23&quot; + data:comment.anchorName + &quot;%22%3E&quot; + data:comment.author + &quot;%3C%2F%61%3E#form&quot;' onclick='javascript:window.open(this.href, &quot;bloggerPopup&quot;, &quot;toolbar=0,location=0,statusbar=1,menubar=0,scrollbars=yes,width=400,height=450&quot;); return false;'>Reply</a></span>
4.Cuma tukarkan benda nie dan save!!

Biru = Blog Id korang
Merah = Tukarlah ngan apa-apa perkataan yg korang nak,x yah tukar pun x pe 
Semoga Berjaya! ^^


Dah baca tu...Jangan lupa komen!

Friday, June 24, 2011

So Cute!!!




Arghhhh!!!!! Jelesnya!!!!!
Budak luar negara tu ada maianan Pikachu yg sangat COMEL!!!
X caya? Tgk gambar-gambar yg die tangkap ni....


Waa!! Nape x de mainan Pikachu kat Malaysia?!
Onion Emoticons
Nak Pikachu,nak Pikachu!! Nak,nak,nak!!!

P/S : Sori sbb kebudak-budakan sangat...ngee...:P
P/SS : Pandai kan Phoebe tangkap gambar-gambar nie?


Dah baca tu...Jangan lupa komen!

Wednesday, June 22, 2011

Blog Kini Ber-wajah Baru!

Onion Head Emoticons 16
Hai korang!

Perasan tak apa yang berubah kat blog nie?

~ Background? ~     [ Ya!! ]
~ Header? ~           [ Ya!! ]

Waa...pandainya korang semua nie,hehe...

Haa,syaz nak way survey nie...

Header & background nie ok x?
Atau pun yang lama lagi elok??

Korang poll ya! Ada kat sidebar tu ha...

Kerjasama korang amat dihargai...
Arigatō!
Onion Head Emoticons 23


Dah baca tu...Jangan lupa komen!

Sunday, June 19, 2011

Erk?? Ber-besan??

Dah baca tajuk? Dah kan... Sebenarnya,syaz ada blogger-emoticon.blogspot.com nama dia "Coco"...
Dia betina tau! Dan dia comel...blogger-emoticon.blogspot.com Jiran syaz, Aunty Yana...pun ada blogger-emoticon.blogspot.com....
Kucing dia namanya "Baby" / "Putih"...Dia jantan, and he's also cute ...blogger-emoticon.blogspot.com
Dua² ekor kucing kitaorang ni sama saiz...so syaz rasa,mestilah sama umur,kan?


Dua ekor ni suka main kejar-kejar...so,mak syaz kata...
"Amboi,Coco dah ada boyfriend nampak? Hehe..."
Ya,ayat yang simple tapi bermakna...
Semua benda yang hidup akan membesar,kan?
Jadi,nanti bila 2 ekor tu dah besar,mestilah diorang "kahwin" & dpt anak...kan?

So,syaz akan ber-besan ngan jiran syaz! Erk!
Onion Head Emoticons 80
Syaz x pernah jadi besan sebelum ni! Kahwin pun belom lagi!
T'tiba jer jadi besan! Ahhh!!!

~ Ehh...minah nie,banyak sangat fikir la,kalau betul 2 ekor tu akan "kahwin".
Kau akn dpt anak kucing yang comel² kan?? ~

A'ah lah! X terfikir lak syaz...Hehe...

~ Haih.... -.-'' ~

Ok la,syaz nak tengok "Pokemon Movie : Spell of the Unown"...Bye!!

Onion Head Emoticons 33


Dah baca tu...Jangan lupa komen!

Angry Birds!

Versi Google Chrome



Angry Birds? Apa tu? Kalau korang ckp mcm tu...
Mesti org kata "Ko dah ketinggalan zaman la,tu pun x tau..."
Betol,x caya udah! Pergi jerit kat tgh² KL mcm nie...

"Apa die Angry Birds tuh?!"

Sure semua orang akan tenung korang sbb 2 benda :
1. X malu ke memekak,terjerit² kat tgh² KL nie?
2. Apa da,orang tu x tau apa die Angry Birds...

Angry Birds sekarang nie,bkn 1 Malaysia je yg tau...
1 Dunia tau!! Tengoklah betapa pop-nya game nie...
Ada mcm² aksesori dia...

Kek Angry Birds
Penanda buku Angry Birds
Plushie Angry Birds

T-shirt Angry Birds
Earphone Angry Birds
Button badges  Angry Birds
angry birds laptop skin 85 Cool Angry Birds Merchandise You Can Buy
Laptop skin Angry Birds

blue bird keychain 85 Cool Angry Birds Merchandise You Can Buy
Keychain Angry Birds
red bird cosplay hat 85 Cool Angry Birds Merchandise You Can Buy
Topi Angry Birds
Earring pon ada??
Dan lain² lagi...Ada banyak lagi aksesori die...
Tp,banyak sangat...huhu
Takpe,kalau korang nak banyak lagi gambar die...
Cari lah kat Internet!

Okaylah,korang mesti rasa syaz nie Angry Bird's Addict kan?
Yup,that's right! Tp,syaz x de lah aksesori banyak² mcm nie...
Hehe...Bye!!
             

Dah baca tu...Jangan lupa komen!

Tutorials : Animated Recent Posts

Assalamualaikum,korang semua!!
Hari nie...syaz nak ajar mcm mana nak buat
animated recent posts...X tau apa benda tu?
Nah...syaz tunjukkan gambar die...


Ok,dah tau? Jom buat....

1.Dashboard >> Design >> Page Layout >> Add Gadget >> HTML / Javascript
2.Copy kod dibawah nie dan paste kat ruangan kosong...

<script src="http://ajax.googleapis.com/ajax/libs/jquery/1.3.2/jquery.min.js" type="text/javascript"></script>
<style type="text/css" media="screen">
<!--
#spylist {
overflow:hidden;
margin-top:5px;
padding:0px 0px;
height:350px;
}
#spylist ul{
width:220px;
overflow:hidden;
list-style-type: none;
padding: 0px 0px;
margin:0px 0px;
}
#spylist li {
width:208px;
padding: 5px 5px;
margin:0px 0px 5px 0px;
list-style-type:none;
float:none;
height:70px;
overflow: hidden;
background:#fff repeat-x;
border:1px solid #ddd;
}
#spylist li a {
text-decoration:none;
color:#4B545B;
font-size:11px;
height:18px;
overflow:hidden;
margin:0px 0px;
padding:0px 0px 2px 0px;
}
#spylist li img {
float:left;
margin-right:5px;
background:#EFEFEF;
border:0;
}
.spydate{
overflow:hidden;
font-size:10px;
color:#0284C2;
padding:2px 0px;
margin:1px 0px 0px 0px;
height:15px;
font-family:Tahoma,Arial,verdana, sans-serif;
}
.spycomment{
overflow:hidden;
font-family:Tahoma,Arial,verdana, sans-serif;
font-size:10px;
color:#262B2F;
padding:0px 0px;
margin:0px 0px;
}
-->
</style>
<script language='javascript'>
imgr = new Array();
imgr[0] = "http://2.bp.blogspot.com/_CEj8AwvwSNM/TPkQUkM0wnI/AAAAAAAAFD8/TxYWe-CMPr8/s320/no_image.gif";
imgr[1] = "http://2.bp.blogspot.com/_CEj8AwvwSNM/TPkQUkM0wnI/AAAAAAAAFD8/TxYWe-CMPr8/s320/no_image.gif";
imgr[2] = "http://2.bp.blogspot.com/_CEj8AwvwSNM/TPkQUkM0wnI/AAAAAAAAFD8/TxYWe-CMPr8/s320/no_image.gif";
imgr[3] = "http://2.bp.blogspot.com/_CEj8AwvwSNM/TPkQUkM0wnI/AAAAAAAAFD8/TxYWe-CMPr8/s320/no_image.gif";
imgr[4] = "http://2.bp.blogspot.com/_CEj8AwvwSNM/TPkQUkM0wnI/AAAAAAAAFD8/TxYWe-CMPr8/s320/no_image.gif";
showRandomImg = true;
boxwidth = 255;
cellspacing = 6;
borderColor = "#232c35";
bgTD = "#000000";
thumbwidth = 70;
thumbheight = 70;
fntsize = 12;
acolor = "#666";
aBold = true;
icon = " ";
text = "comments";
showPostDate = true;
summaryPost = 40;
summaryFontsize = 10;
summaryColor = "#666";
icon2 = " ";
numposts = 10;
home_page = "http://pikastories.blogspot.com/";
limitspy=4
intervalspy=4000
</script>
<div id="spylist">
<script src='https://sites.google.com/site/unwanted86/javascript/animatedrecentpost.js' type='text/javascript'></script>
</div>
 Merah = Tukarkan dengan URL blog korang


4.Dah? Save lah,apa lagi...hehe
       
Dah baca tu...Jangan lupa komen!

Saturday, June 18, 2011

Game Yang Menghina Islam ~Wajib Baca~

Kepada korang yang suka sangat main game tu,korang lagi lah wajib baca....Please sebarkan....




1) Devil May Cry 3




KUALA LUMPUR: Satu permainan komputer yang digilai remaja negara ini dikhuatiri boleh menjejaskan akidah pemainnya kerana ia mengandungi elemen menghina Islam apabila memaparkan kalimah Allah dan Kaabah.

Pemain permainan itu didakyah kononnya mereka berjihad untuk menentang syaitan kerana dikehendaki menewaskan makhluk itu untuk menembusi 12 pintu sebelum ‘penghulu syaitan’ menanti mereka di pintu terakhir iaitu pintu Kaabah.

Elemen penghinaan ke atas Islam jelas tertera apabila kalimah Allah dipaparkan di setiap pintu yang dikawal syaitan termasuklah di pintu kaabah.

Difahamkan, permintaan tinggi terhadap permainan itu menyebabkan pihak pengeluar kini sudah mengeluarkan empat edisi bagi permainan berkenaan sejak mula memasarkannya pertengahan tahun lalu.

Tokoh agama yang juga penceramah bebas, Hassan Mahmud Al-Hafiz menyifatkan permainan komputer itu satu penghinaan melampau kepada umat Islam kerana kaabah adalah kiblat dan tempat suci, begitu juga dengan kalimah Allah yang tidak boleh dijadikan bahan permainan sesuka hati.




Satu adegan dalam game tersebut dipaparkan pintu kaabah sebagai pintu yang menghubungkan di antara dunia syaitan dan dunia nyata dan yang membukakan pintu tersebut adalah karaker c.g.i. yang telah menyerahkan diri pada kuasa ilmu hitam yang sememangnya Islam melarang amalan itu.

Ayat karaker c.g.i. itu ada membaca ayat, kalau tak silap lebih kurang begini permulaannya.

(Diterjemahkan dalam bahasa Melayu)
"wahai pintu yang menghubungkan dunia kegelapan"

dan karaker itu membaca ayat itu didalam kitab yang dipegangnya. Kalau tak silap kitab bible. Pasal di akhir scene karaker tersebut ada menyebut 7 ayat kemusnahan yg tercatit didalam bible.

"Wrath, Sloth, Lust, Gluttony, Greed, Pride dan akhir sekali Envy".


Kalimah Allah pada 'Pintu' di dalam Permainan tersebut...

 Dibandingkan dengan Pintu Kaabah yang sebenar. Sama kan?

2) Clive Barker Undying


Permainan ini mengisahkan tentang perlawanan dengan syaitan. Tetapi ianya menggambarkan dalam istana yang diduduki syaitan itu terdapatnama-nama Allah di dinding istana tersebut. Ini seolah-olah menggambarkan bahawa sesiapa yang menyembah Allah itu adalah sekutu syaitan.

Berita mengenai permainan ini dirampas:
Permainan Undying dirampas kerana hina Islam

PERISIAN permainan komputer Clive Barker, Undying telah dirampas dalam operasi di sebuah pusat beli-belah di Kelang baru-baru ini kerana memaparkan beberapa perkataan dipercayai dipetik daripada al-Quran. Penolong Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Abdul Malek Ramli, berkata pihaknya merampas 50 keping cakera padat dari tiga premis di pusat beli-belah itu, hasil maklumat orang awam. Permainan itu mengisahkan watak utama, Clive Baker mengunjungi istana yang penuh ukiran artistik bercorak Islam termasuk ayat Al-Quran, yang dikuasai hantu dan syaitan.

Pemain permainan itu, menerusi watak Clive Baker perlu membunuh semua hantu dan syaitan bagi memperolehi sejenis tangkal bagi menghidupkan semula pemilik istana. Dalam laporan eMedia/Berita Harian yang disiarkan baru-baru ini Abdul Malek berkata, perisian cakera padat dipercayai cetak rompak yang dijual dengan harga RM10 itu, menggambarkan seolah-olah Islam berkompromi dengan syaitan.

Jika terbeli, beliau berkata, ibu bapa beragama Islam dinasihati memulangkan cakera padat itu kepada JAIS kerana ia boleh menpengaruhi kanak-kanak, selain menyalahi undang-undang.

Mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995, mana-mana orang Islam yang memiliki, menyimpan atau menjual bahan menghina Islam boleh dipenjara maksimum lima tahun atau denda RM5,000 ataupun kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Hukuman bagi orang bukan Islam yang terbukti menyimpan, menjual atau memiliki bahan itu, akan dirujuk kepada Kementerian Dalam Negeri.

Abdul Malek berkata, JAIS juga menerima dakwaan orang awam mengatakan, perkataan Allah dalam abjad jawi, timbul setiap kali Clive membunuh syaitan tertentu. “Jais masih menjalankan siasatan lanjut mengenai perisian itu dan ia mungkin mengambil masa tetapi serbuan terhadap premis lain akan dibuat secepat mungkin,” katanya.

3) Zack And Wiki


Luahan dari seorang gamer Wii:
Sebagai Avid seorang gamer Wii, saya sedang melihat trailer video game ini dan beberapa gameplay dari Zack and Wiki. Saya dibesarkan dalam sebuah keluarga Muslim dan melawat Pakistan beberapa kali. Oleh kerana itu, saya boleh mengatakan bahawa pada minit ke 0:20 dan 0:44 saat dalam video ini, anda boleh mendengar penghuni pulau sedang berdoa dengan suara panggilan Muslim untuk berdoa, "Allahu Akbar", dan kemudian meniru cara doa. Aneh dan agak mengerikan, saya sangat berharap laungan itu bersifat sementara sebelum diganti ke suara lain. Walaubagaimanapun, mengapa game tersebut dapat tempat pertama di sana?

Note: Korang boleh dengar laungan "Allahu Akbar" pada minit ke 0:20 & 0:44 pada video dibawah.





Tindakan yang dibuat:

The Council of American-Islamic Relations (CAIR) has announced that Capcom has removed what CAIR calls a "common Islamic phrase" from Zack & Wiki: Quest for Barbaros' Treasure on the Wii. The phrase's removal comes following complaints from CAIR and others.

The phrase in question is "Allahu akbar" ("God is most Great"), an Arab phrase frequently used in prayer. The phrase came to CAIR and several complainants' attention after it appeared in a promotional video for the game.

A Capcom representative told CAIR, "We have already contacted the team working on the game, and the phrase has been removed from the game and will not be heard in future videos released to the public."

"We appreciated Capcom's willingness to address Muslim concerns about the use of a religious phrase in an inappropriate context and applaud the company's swift response.


4) Prince Of Persia




Prince Of Persia Pedang pada watak tu ada tulisan Kaligrafi Arabic Alphabatic yang diatasnya ditulis,

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
(Sabda Rasulullah SAW)




"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar" (Surah Al- Ahzab:71)

Jika kita main game ini bermaksud kita juga menyokong apa yang mereka cuba sampaikan dan mereka lakukan; jadi semoga dapat disampaikan kepada saudara-saudara kita di luar sana.


5) Counter Strike Condition Zero Deleted Scenes




Counter Strike Condition Zero Deleted Scenes First Stage dia. Kita kena tembak dengan askar-askar yang beragama Islam. Kalau kita sedar, masa kita tembak tu kita boleh dengar askar yang kena tembak menjerit "ALLAHUAKBAR" & "JIHADD".


6) Stronghold Crusader




Permainan Perang Salib. Pemain memain watak sebagai Crusader dan menentang musuhnya iaitu adalah orang Arab, dan ketika perang Salib, orang Arab semestinya orang Islam.


7) Guitar Hero 3 Legends Of Rock




Tidak cukup dengan karikatur dan filem pendek Fitna yang menghina kesucian Islam. Datang pula game komputer yang menghina kalimah Allah SWT. Kali ini game Guitar Hero 3 telah menghina kalimah Allah SWT. Guitar Hero 3 adalah permainan komputer yang memainkan lagu-lagu rock klasik.




Lihatlah bagaimana paparan kalimah Allah ini telah dijadikan paparan lantai dan kemudian dipijak-pijak oleh makhluk yang berupa “syaitan” bermain gitar. Sungguh biadap game ini. Game ini dibangunkan oleh syarikat Neversoft dan dikeluarkan oleh Activision dan RedOctane. Neversoft adalah sebuah syarikat pembangunan video game yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Dimiliki oleh Joel Jewett (berasal dari Montana, Amerika) bersama dengan Chris Ward dan Mick West. Chris dan Mick kedua-duanya berasal dari Yorkshire, England.




Jika kita tidak teliti, kita tidak akan perasan paparan kalimah Allah SWT ini. Pada sesiapa yang melihat permainan komputer ini sila uninstall game ini. Sungguh halus permainan golongan Yahudi dan Nasara untuk menyesatkan orang Islam. Waspadalah kita sebelum membeli mana-mana permainan komputer.

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia

Ada 2 kemungkinan di sini.


a) Penghinaan Senyap
Memang sengaja menyelitkan unsur penghinaan.

b) Zodiak Virgo
Jika zodiak Virgo diterbalikkan 180 darjah, maka jadilah seperti bentuk dalam gambar tadi.

Zodiak Virgo:




Zodiak Virgo diterbalikkan 180 darjah:





Adakah simbol di dalam video game ini hanyalah zodiak Virgo yang terbalik atau memang sengaja menghina Islam?

8) Resident Evil 4



Ni dia lagi 1 game yang menghina Islam iaitu Resident Evil 4. Resident Evil 4 merupakan game berdasarkan bahayanya biologi iaitu virus dan zombie. Ringkasnya, misi game ini adalah untuk menyelamatkan anak presiden Amerika yang diculik oleh kumpulan yang bernama "Los Illuminados".

Los Illuminados bermaksud “The Illuminated!”

Gambar berikutnya adalah lambang illuminati pada game tersebut.

 Lambang illuminati pada loket atau tangkal tersebut

 Screenshot dari gameplay Resident Evil 4

 Zoom pada pintu tersebut. 

Korang perasan tak apa yang tak kena dengan gambar di atas?. Agak-agak korang macam pernah nampak tak?

Kalau korang nak tahu itulah pintu Omar Bin Khattab, Masjid Nabawi, Madina. Macam mana boleh sesat dalam game ni pulak!!!.

Pintu Omar Bin Khattab, Masjid Nabawi

Apa yang lebih teruk lagi ialah pintu tersebut telah di Illuminati kan!!!. Lihat gambar di bawah ini.

Perbezaan pintu dalam game dengan realiti

Selepas meletakkan logo illuminti game tersebut

Memang melampau lah dorang ni!!!. Game ini turut dikeluarkan oleh CAPCOM sama dengan Devil May Cry. XLAWS pun tak taw la apa orang Jepun ni tak puas hati dengan orang Islam. Macam dah takde benda lain nak letak.

Kepada korang yang telah membaca post ni harap sebarkan pada keluarga, kawan-kawan dan orang Muslim yang lain secepat mungkin!.

Kesimpulannya, semua orang Islam diharamkan main games yang mempunyai unsur menghina agama-agama di dunia. Orang Islam haram main games yang ada unsur menghina agama Islam, hina agama Kristian, hina agama Yahudi, hina agama Buddha,hina agama Hindu, dan lain-lain fahaman dan kepercayaan yang berunsur keagamaan.

Kalau kita main juga, bermakna kita telah menghina agama-agama berkenaan dan bersubahat dengan penghina agama itu. Itu juga bermakna kita telah melanggar perintah Nabi Muhammad SAW.
Nabi kita Muhammad SAW melarang umatnya daripada menghina agama Islam dan semua agama yang ada di muka bumi ini. Orang Islam dilarang dan diharamkan daripada menghina agama lain.



Dah baca tu...Jangan lupa komen!