Saya tau,saya comel kan? |
Kali nie,syaz nak share pasal sejarah kucing pulak...
Mcm manusia...kucing pon ada sejarahnya tau!
Sepatutnya ada banyak,tapi syaz cuma dpt sikit jer info...
Huhu,nie pon nak kreditkan kat Selamatkan Kucing Malaysia...
Ok,let's start !
Kucing Hitam
Best la duduk atas benda nie,panaasss..... |
Pada pertengahan abad (middle ages),kucing tidak begitu popular
kerana mereka sering dikaitkan dengan sihir
dan ilmu hitam. Tetapi ada juga yang beranggapan ia membawa tuah.
Para isteri kepada nelayan percaya membela kucing hitam dapat
memberi tuah kepada mereka kerana dipercayai ia pelindung kepada
suami supaya selamat pulang dari laut ketika selesai menangkap ikan.
Pada abad ke-9, Raja Henry I, memutuskan untuk mengenakan denda
kepada sesiapa yang membunuh kucing. Denda yang dimaksudkan ialah
60 gantang jagung, yakni jumlah jagung yang perlu diberikan kepada
pihak istana.Sampai sekarang, masih ada lagi orang yang percaya
kucing hitam ini melambangkan syaitan dan membawa nasib buruk.
Kucing Mesir [Egyptian Cats]
Apa pandang-pandang? |
Sekitar 450 BC,sesiapa yang membunuh kucing di Mesir
akan dikenakan hukuman mati.
Ketika ada kucing belaan yang mati, seluruh ahli keluarga akan
mencukur bulu kening mereka sebagai tanda berkabung.
Pelik semacam jer pokok nie.... |
Ada satu lagenda, mengisahkan banyak anak kucing telah dibuang
ke dalam sungai bertujuan untuk melemaskan mereka.
Ibu kepada anak kucing itu menangis,lalu pokok-pokok willow
yang berada di tebing sungai itu menghulurkan dahan mereka
dan berusaha untuk menyelamatkan anak-anak kucing itu.
Sejak pada hari itu, setiap musim bunga, pokok-pokok willow itu
akan menjadi lembut dan halus seperti ekor anak kucing.
Itulah sebabnya pokok itu diberi nama Pussy Willow.
Kucing China
Kong si fa chai... |
Legenda kuno China ada mengatakan bahawa kucing
adalah hasil dari hubungan seksual singa betina dan monyet.
(What??)
(What??)
Nabi Muhammad S.A.W.
Muhammad,Peace be upon him... |
Rasulullah S.A.W. sangat sayangkan kucing sehingga baginda
pernah memotong lengan baju jubahnya untuk mengelakkan
kucing yang tidur dalam pelukannya itu daripada terjaga.
Selingan :
Hehe...T'tiba pulak jadi singa... |
Wachaa!!! |
Alololo... |
-END-
cute n lwkla smua pic kat ats ni.. hahaha :D
ReplyDeletecomelnya !!! geram tengok! :DD
ReplyDelete