Tuesday, July 26, 2011

Antara Amanah & Larangan...



Diadaptasi daripada Novel "Single Unavailable"...

"Pada zaman yang dilingkari arus kemodenisasian ini, sekiranya ditanya antara belajar dan bercinta mana yang lebih baik, mungkin ada yang akan menjawab kedua-duanya. Mungkin sahaja ada yang mengatakan bercinta itu lebih baik. Kita harus dapat membezakan antara amanah dan larangan. Kenapa saya menyatakan amanah dan larangan?"

"Belajar itu adalah amanah. Amanah ibu bapa kepada kita. Jika sekiranya kita ke sekolah untuk bercinta, bererti kita sudah pun menderhaka kepada ibu bapa. Amanah itu telah dipecahkan begitu sahaja. Bercinta dalam menjalankan amanah ini bererti suatu larangan. Larangan yang menjadikan sesiapa sahaja yang meninggalkannya menjadi senang. Senang kerana berjaya memikul amanah dan meninggalkan larangan."

"Oleh sebab itulah remaja sekarang kini tersepit dalam 2 krisis, iaitu harus memilih amanah ataupun larangan. Mungkin ada yang menyelam sambil minum air, kerana mereka tidak tahu betapa berharganya amanah yang dikurangkan itu. Bukankah ALLAH murka kepada orang yang pecah amanah?"

"Apakah hukum jahiliah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) ALLAH SWT bagi orang-orang yang yakin?"
Al Maa'idah Ayat ke-50

Renung-renungkan lah...
Dan jangan lupa follow blog penulis novel "Single Unavailable"!!


Dah baca tu...Jangan lupa komen!

4 comments: