Sunday, July 03, 2011

Apa Yang Akan Terjadi Pada FB Kita??




Mari kita renung-renungkan bersama,fikir-fikirkan bersama...
Jika 1 hari nanti kita mati,akaun facebook ini hanya kita yang tahu
password dan hanya kita yang boleh access...dan selepas kita
mati,apa yang jadi pada akaun fb kita?Mungkin ada yang
akan ucapkan takziah,mungkin ada yang selalu
menjenguk bagi mengubat rindu tetapi...sedarkah kita...
gambar-gambar kita,akan terus membuatkan kita terseksa di
alam kubur?Gambar-gambar yang tidak ditutupi
aurat dengan sempurna...macam mana nanti?

Lelaki ajnabi terus-terusan tengok,dalam masa yang sama,
tiada siapa yang boleh deletekan gambar kita...walau sudah
bertahun-tahun kita mati,gambar itu terus ada...saham dosa
terus meningkat,macam mana?Pernah terfikir tak?Tudung singkat
yang dipakai tu,akan selamatkan kita dalam kubur nanti?
Legging dan jeans ketat, boleh selamatkan kita?
Baju yang membalut aurat itu, bagaimana?

Mungkin kini kita masih merasa tak sabar nak berkongsi cerita
dengan gambar-gambar yang cantik tempat-tempat yang
kita dah lawati di muka bumiNya tapi di akhirnya nanti...semua itu
tidak akan membawa erti,semuanya hanya tinggal kenangan
bagi yang masih hidup...Di alam kubur, semua itu tidak sedikit
pun boleh menyelamatkan kita..

Cuba kita renung-renungkan,saham dosa yang terus meningkat
walau setelah ketiadaan kita di muka bumi sehingga hari akhirat...
Tutupilah auratmu sebelum auratmu ditutupkan...
Peliharalah dirimu sebelum dirimu dikapankan~
Jagalah maruah diri sebagai seorang muslimah...
Mati itu pasti...Persiapkan diri mu...

Moga Allah redha dengan perkongsian ini...amin~
Renung-renungkan dan selamat beramal~ 



Dah baca tu...Jangan lupa komen!

3 comments:

  1. Betul tu...
    Setuju sangat...
    FB waktu kita hidup nampak meriah...
    Setelah mati, akaun tu wujud sampai bila2...
    Kadang2 rasa org tu ada lagi walaupun secara realiti dia sudah tiada...

    ReplyDelete
  2. @Bella Yup...nie pun share dari FB gak...so,wasiatkan sekalilah password FB tu kat ahli keluarga/sanak saudara/anak cucu....hoho

    ReplyDelete