Tuesday, July 12, 2011

Jangan Suruh Anak Anda Pakai Tudung




Assalamualaikum

Setuju tak dengan tajuk kat atas? Saya setuju dengan apa yang saya cakap tu. Kawan2 plak macam mana? Ada bantahan? Bagi saya, saya rasa ibu bapa tak perlu suruh anak perempuan mereka pakai tudung. Tak perlu, betul. Tapi...
.
.
.
.
.
.
.
suruhlah anak anda tutup aurat
Maksud saya kat sini ialah bukan sahaja anak perempuan, tapi isteri, ibu, adik beradik dan yang bergelar wanita.
Apa beza suruh anak pakai tudung dan suruh anak tutup aurat eh?
Bezanya ialah bila hanya menyuruh anak pakai tudung, mereka akan pakai tudung tapi baju, seluar masih lagi tidak menutup aurat. Contohnya baju dan seluar ketat. Tapi, bila suruh anak tutup aurat. Mereka akan pakai dari hujung kepala hingga hujung kaki pakaian yang menutup aurat. Ramai wanita Islam sekarang yang bila keluar, tak memakai sarung kaki. Kaki tu juga aurat kan? Itu lah bezanya jika ibu bapa terlalu inginkan anak yang bertudung tetapi tidak sempurna menutup aurat berbanding ibu bapa yang inginkan anak mereka menutup aurat dengan sempurna.

Ramai kita lihat wanita muslimah sekarang ni pakai tudung tapi hanya menutup rambut je, ada juga yang pakai tudung tapi baju dan seluar ketat, pakai tudung tapi tak pakai sarung kaki, dan ada juga yang salah tafsir bila seseorang tu memakai tudung dan digayakan dengan apa jua pakaian, dah dianggap fesyen muslimah. Tengok aje la kat tv, majalah, artis-artis yang bertudung. Mereka tak sedar bahawa mereka menjadi ikutan orang lain.


Ingatlah bahawa menutup aurat itu bukan hanya menutup rambut sahaja..tapi aurat wanita adalah keseluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan. Menutup aurat dengan sempurna itu lebih baik.


Rupa nya masih lagi ada yang tidak faham dengan apa yang saya cuba sampaikan, cuba baca dengan betul dan teliti dulu sebelum buat kesimpulan. Apa yang saya ingin saya sampaikan ialah cara bagaimana untuk kita pastikan kaum muslimah menutup aurat dengan sempurna, bukan hanya sebahagian atau dengan memakai tudung sahaja. Sebenarnya kata-kata Jangan suruh anak pakai tudung, tapi suruh mereka tutup aurat adalah kata-kata yang saya ambil daripada kata-kata seorang pendakwah iaitu Cikgu Kamarul Zaman sewaktu saya menjalani kursus Perkaderan Dakwah di bawah anjuran MAIS. Cuba buka minda, jangan menyempitkannya.

Credits : Kak Atika Aula


Dah baca tu...Jangan lupa komen!

2 comments: